Monday, 18 November 2019

Tentang Masdo, haters dan dan dan…



1.      Sejarah

Saya mula dengar nama Masdo waktu Form 3. Mungkin juga Form 4. Tak ingat sangat. Waktu tu JOHO sedang minta cadangan dari followers mereka tentang band apa yang patut main di GEGO fest. Dan ramai gila komen Masdo. Saya jadi kurius dan terus buat research di Youtube.
Kalau tak silap waktu tu satu-satunya video yang ada ialah video mereka berpanggung di Ipoh. Pakai baju belang hitam putih. Video tu diupload oleh Ambobzeela.  Mula-mula dengar saya rasa sangat familiar dengan bunyiannya. Tapi tak ingat. Bila tiba-tiba mereka main Bercanda di Malam Indah, baru saya rasa “EH?! Ini bukan band lain ke main dulu?” Lepastu baru lah saya tau yang mereka ialah rebranding band The Lipstik, dengan mengekalkan vokalis yang sama, Ali.
Waktu 2015 tu, Masdo kira band yang paling fresh lah waktu tu. Jayzuan kata, tahun 2015 antara waktu paling teruk untuk pemuzik Indie. Orang buat show free pun takde orang nak datang. Jadi bila Masdo naik, secara tak langsung scene juga naik. Kena pula Ali orang Johor, lagilah semangat patriotisme dalam diri saya membuak-buak untuk sapot Masdo.
Jadi dari detik itu pun, saya mula jadi penyokong tegar Masdo.  Balik dorm, buka lagu Masdo, bagi semua orang dengar. Dengan awek, share lagu Masdo. Dekat rumah, pasang lagu Masdo. Setiap kali balik rumah dari asrama, saya check Youtube nak tengok ada video baru tak yang mereka rilis. Setiap  kali mereka ada show di JB dan saya tak dapat pergi, rasa FOMO dalam diri saya terbawa-bawa. Tiap kali mereka berpanggung di JB, mesti saya ada hal di tempat lain.
Akhirnya, tahun 2017 barulah saya dapat saksikan mereka live, di litar Pasir Gudang. Show free. By waktu ni, adik saya dah kenal dah Masdo dan tahu dah lagu—lagu mereka. Tapi masih belum biasa dengan suasana konsert. Jadi dia duduk tepi dengan parents saya. Saya walaupun,dah hafal semua lagu Masdo (by heart) waktu ni, saya belum biasa dengan budaya konsert dan belum berani masuk pit. Jadi saya layan sambil angguk kepala. Balik tu, baru adik saya sedar itu lah lagu yang saya buka selama ni.
Nak jadikan cerita, bila masuk Dengkil, saya dapat juga pengaruh 2,3 kawan lain dengar Masdo. Dan kemuncaknya mungkin bila Masdo buat tour dan Finalenya ialah di JB. Tak pernah lagi saya eksaited macamtu sekali. Dah la tiket rm20 je!
 Finale Masdo tu juga adalah antara gateway besar bagi banyak band power sekarang ni macam Orkes A. Hizadin, The Fatalis, Kapow dan banyak lagi. Lepastu ada pula The Pinholes dari Singapura. Memang pecah gila. Tapi sayang… sound system tak sedap langsung. Suara tenggelam. Gitar solo pun tak dengar sangat. Bass takyah cerita lah. Kalau bukan sebab saya dah hafal semua lagu mereka, saya tak rasa saya akan enjoy konsert tu.

2.      Kemuncak dan kejatuh
Lepas saja jelajah ini, Masdo mula dikenali ramai. Masuk muzik-muzik, opening untuk AJL, masuk carta muzik radio, banyak lagi lah. Waktu ni saya pun dah mula kena lebih banyak band, jadi saya tak lagi relijiusli folo Masdo. Waktu ni saya rasa, “Ramai dah orang sapot Masdo sekarang ni. Aku nak naikkan benda lain pulak lah.” Waktu ni pula saya baru jumpa dan obses  dengan Shuuna dan Bil Musa. Jadi saya pun fokus pada artis-artis lain pula.
            Satu hari, nama Masdo tiba-tiba naik. Pasal baju cetak rompak, bajet Rockstar, blablabla. Saya pun tak ambil port sangat. Katanya Ali bash budak yang beli baju Masdo tak ori. Betul juga sebenarnya. Bayangkanlah kau penat buat band, bayar designer nak release merch, tetiba ada orang cetak rompak pakai design kau. Kira ambil kesempatanlah. Sejak hari tu nama Masdo mula busuk. Dan saya juga tak terlepas untuk masuk bandwagon haters ni. Kahkahkah. Ada juga yang kata perangai fans mereka macam bongok. Itu betul jugak. Tapi saya ok je.  
            Tapi to be fair, saya dah tak suka Masdo bukan sebab perangai Rockstar mereka. Saya tak suka Masdo sebab dah bosan. Saya ke show mereka dah 5 kali. Dan selain dari konsert Finale mereka, saya rasa semua setlist mereka sama, dan crowd interaction pun sama. Saya dah tak rasa elektrik waktu saya pertama kali tonton mereka. Ada satu show yang adik saya ajak, saya diri belakang je waktu Masdo sebab macam yang dijangka, mereka main setlist yang sama. Dan lagi satu. Kilang Bateri. Saya ingat waktu konsert Finale Masdo je bunyi macam gampang. Waktu ni pun sama. Saya yang eksaited gila nak tengok Nastia main lagu Xpresi potong terus sebab sound macam bodo. Sejak hari tu, saya terus malas dah layan Masdo.
3.      House of Vans
            Sampai lah tahun ini, 2019, saya ke event House of Vans. Mungkin antara event indie paling besar tahun ini. Free, 10 artis power dari pelbagai genre, siap import Mooner dari Indonesia. Apa lagi yang budak scene mau? Tapi pelik sebab openingnya Hujan dan closingnya Masdo. Saya jadi ragu-ragu, sejak bila pula taraf Masdo lagi tinggi dari Hujan (dan Mooner!). Rupanya sebab Hujan nak nonton konsert Fourtwnty malam tu. Patutlah…..
            Waktu ni saya tak expect apa-apa dah dari Masdo. Sebab saya rasa, mesti bosan macam selalu. Nak-nak lepas dapat tahu ada crowd yang dok mengeluh “Ni band apa siallll?” waktu Mooner tengah rockin’ atas pentas. Lagilah panas hati saya. Tapi saya kool.
            Bila mereka masuk saja stage, Ali masuk strumming gitar. Lagu Smells like Teen Spirit. Saya mula sengih. Drum pun diketuk padu, lagu sama. Bukan Am, tapi sessionist mereka. Masdo terus masuk main lagu baru “Dewi Puspita”. Lupa pula saya kata pasal sound system House of Vans. Tak seteruk Kilang Bateri, tapi suaranya tenggelam. Jadi saya tak dengar langsung apa butir nyanyian yang keluar dari mulut Ali. Kalau awak tengok online, ada videonya. Tapi mixing untuk video elok. Kalau awak ada di venue, awak rasa benda ni. Tapi siapa lah saya nak komplen banyak-banyak kan?
            Lepastu ada pulak lagu Bahasa Inggeris. Separuh lagu baru saya sedar dan tanya pada Raziq “Dia nyanyi lagu BI eh?”. Raziq kata ya. Saya angkat kening sambil kata “Impressive” dalam hati. Tapi tu lah. Apa dia nyanyi entah saya pun tak tau.
            Yang menarik lagi untuk konsert ni, mereka kolaborasi dengan Budak Nakal Hujung Simpang(BNHS). BNHS pinjamkan ahli-ahli brass section mereka untuk memberi lebih feel 80(?)-an. Saya rasa touch ni sangat kool.
            Arrangement mereka untuk show ini juga kool tak patut! Bunga mereka main dengan rancak. Masuk pula trompet. Baik dohhhh. Masuk terus ke Dinda. Ali main separuh korus dulu. Yang audiens dah “Apa….khabar dinda….” Tapi Ali potong dengan “Dinda jangan marah-marah”. Lepastu tiba-tiba tak nyanyi. Kita ingat kalini sebab nak bagi peluang audiens nyanyi, rupanya tak. Dia pergi masuk verse 1 “Apa….khabar dinda….” waktu audiens tengah “Dari…. Jutaaan bintaaaang” . Kahkahkah. Boleh tengok momen lucu ini di Youtube minit 20:35.
            Kemudian, semua ahli band keluar pentas meninggalkan Ali seorang atas stage. Ali pun nyanyi Kecundang dengan ditemani piano. Lepastu mereka main lagu baru lagi, Janji Manis. Cambiasa. tak dengar . Dan lagu-lagu wajib lain macam Malam Pesta Rock n Roll, Bercanda Malam Indah sebelum diakhiri dengan Miss Flower Learn to Twist(lagu fav i) juga dengan sentuhan arrangement yang baru!

TL;DR
I enjoy Masdo malam tu.


P/s
Ni link video Masdo live di HOV

LUQMAN
18/11/19
11.38 p.m
Bilik, Palam