
1. (kalau nak terus baca reviu, pergi ke 2.)
Hikayat Gundik Berirama(HGB) ialah album ke-2 The Venopian
Solitude(TVS) selepas Hikayat Perawan Majnun(HPM) circa 2015 kot. Sebelum tu,
saja nak bagitau, HPM ialah antara album pertama saya beli(sebab saya angkat
sekali dengan Pop n Roll, Mohd Jayzuan) waktu Form 4. Jadi saya rasa excited gila
bila dapat tahu yang TVS nak riliskan album baru tahun ini. Jadi dari info
tadi itu, ya, reviu ini bias.
Bagi yang tak kenal dengan TVS, ianya dikepalai oleh Takahara
Suiko, seorang mad music genius bersama
ahli band lain yang tak kurang hebatnya seperti Irena Taib( The Impatient
Sisters) dan Ruviyamin(No Noise Percussion).
Untuk album kali ini, TVS cuba untuk menghasilkan sebuah concept album, bermaksud setiap lagu
dalam HGB mempunyai hubung-kait antara satu sama lain, dan interlace antara satu sama lain. Maksudnya, setiap kali sesebuah
lagu tamat, ia akan terus masuk ke dalam lagu seterusnya tanpa fading. Terdapat flow yang mengikat keseluruhan album. Untuk mendengar album
sebegini, anda mesti dengarnya seperti sedang membaca buku, dari kulit ke kulit,
mengikut sequence.
HGB dibahagikan kepada 4 babak, Hope, Strife, Rise dan Fall. Dan
setiap satunya mengandungi 3 lagu. Setiap babak akan dimulakan dengan
mukaddimah yang dipetik dari excerpt lagu Pelacur Muzik. Dan saya rasa ianya
agak kool sebab mukaddimah tersebut berfungsi sebagai seorang penglipur-lara
yang menetapkan mood bagi chapter tersebut. Album ini berdurasi 52
minit(!). Untuk album Malaysia(yang saya dengar je la eh), saya rasa ini agak panjang,
dan ianya bukan lah sesuatu yang buruk!
Artwork bagi album ini, kalau per sepuluh, saya bagi empat
puluh dua ribu. Kenapa? Sebab kita tau yang TVS tak ambil isu artwork ini secara
half-assed langsung.
Pertama sekali, awak dapat sebuah Box hitam dihiasi ilustrasi
jantung berwarna-warni.
Kemudian, awak buka dan dapati di dalamnya ada 12 kad lirik
untuk setiap lagu yang ada dan setiap satunya ada artwork tersendiri.
Bila awak belek satu-satu, awak mula sedar yang setiap artwork
itu merupakan fragmen bagi ilustrasi jantung tadi! Kalau awak tak rasa itu
kool, kita bukan kawan.
Dan kemudian ada cd lagu, juga mempunyai artwork yang sangat kemas, disampul dalam ep-kinda-cover.
2.
Sejujurnya, saya tak suka sangat waktu pertama kali habis
layan album ni. Lagu-lagu yang mereka pernah main live di YouTube macam Layar, Pelacur Muzik dan Zigurat saja yang saya rasa boleh masuk dengan
jiwa saya. Dan lagu “kiamat”, Bubar, sebab
saya baru lepas tonton performans mereka secara live waktu pelancaran album ni,
dan sumpah, saya dapat goosebumps
waktu tu.
Tapi sebagai sebuah album, as a whole, saya tak dapat rasa elektrik
tu. Saya rasa ianya seakan too much
untuk saya hadam. Tiada koherens, kelam kabut dan serba serbi tak kena. Tapi
bila fikir balik, memang itu pun style TVS kot, kan? Jadi saya cuba dengar lagi
dan lagi sambil cuba menyerap essence
TVS waktu mendengar.
Dan hanya pada dengaran ke-4/5 saya dapat tangkap flow yang cuba dihasilkan oleh TVS dalam
album kedua mereka. Tapi saya masih rasa ada benda yang tak kena. Baiklah, mari
kita go through setiap trek sama-sama.
Album dibuka
dengan Layar, dan saya rasa ianya
pembukaan yang sangat baik. Lagunya tenang, tidak terlalu berat, banyak
tepuk-tangan ikonik TVS dan layan kepala. Ianya seakan membawa kita berlayar
menuju ke dunia album ini.
Masuk saja madhouse, saya jadi pening. Hahaha. Saya
rasa ianya terlalu awal untuk chaos sebegini
sebab layar tadi moodnya rileks, tiba-tiba saya rasa diserang dengan kegilaan. Tapi
tak bermakna trek ini lemah, cuma saya rasa letaknya saja agak mengejut.
Kemudian, Jauhari pula mengimbangkan kembali mood
tadi. Jika layar ialah tenang dan madhouse ialah kegilaan, Jauhari terletak di tengah-tengah. Vokalnya
agak kaotik tapi musiknya lebih santai. Mulanya tenang, kaos, dan tenang
kembali.
Babak kedua ditendang-mula
dengan Zigurat, lagu paling saya anticipate untuk dengar dalam album sejak
mereka mainkannya live. Dan ya, Zigurat langsung tak mengecewakan. Ianya
memenuhi segala ekspektasi saya. Ukulele, strum berat Gibson SG, percussion rangup,
dan vokal Taka diadun secukup rasa. Tiada apa yang mampu saya komplen untuk
trek ini. Saya suka petik quote siapa-tah-tak-ingat “ianya sebuah kaos yang
teratur”.
Kemudian
pergi pula ke Run, yang bunyinya jauh
lebih dark. Bunyian synth dan xylophone menambahkan lagi darkness lagu ini. Jika Zigurat bunyinya dark yang berat, run ialah
dark yang mengejar kau dan menyelubungi
kau.
Masuk pula
ke Camaraderie, featuring Lawa nie Geng. Ok
first impression saya ialah “what is this shit?”. Hahahaa. Tapi
sekarang ini merupakan antara trek feveret saya. Walaupun saya rasa liriknya
agak lemau(sebab saya tak tau sangat lenggok lirik rap macamana), tapi saya
rasa flownya boleh tahan. Dan trek
ini ialah that track yang Taka campur 3
bahasa. Macam HPM ada Rojak Uta: Stampede,
HGB ada Cameraderie. Kool.
Babak 3
dimulakan dengan Deras. Ini juga antara
trek yang saya suka sebab tengok mereka live
di launching album mereka. Flownya saya suka gila. Dimulakan dengan
instrumen yang minimal, build-up yang
dibina cukup hebat untuk menyampaikan klimaks yang memang jenis campak-kat-muka
kau. Rasanya kesemua lagu mereka yang saya suka lakukan perkara yang sama dan
memberikan rasa yang sama. That goosebumps.
Kalau saya pergi lagi performans mereka, sumpah saya akan nyanyi lagu ni
sepenuh hati.
Masuk ke Brace featuring Eyza Bahra. Saya tak
kenal siapa Eyza Bahra ni, tapi saya sangat suka kontras suara yang disumbangnya.
Suaranya yang senada(monotonous) bila
bergabung dengan suara merdu Taka menghasilkan dinamik yang sangat pergi. Arrangement lagu ini juga antara feveret
saya.
Klimaks HGB
membawa kita ke Pelacur Muzik. See what they did there? Gundik Berirama = Pelcaur Muzik. Anyways....Secara
peribadi, saya suka lagi versi live di Hausboom sebab bunyi instrumennya lebih
berat dan versi HGB lebih techno(?). Namun
begitu, arrangementnya masih kekal
mantap. Dan liriknya juga antara paling mudah diakses oleh saya. Setiap kali habis
lagu ini, belum pernah lagi saya tak sengih menggeleng kepala idolizing kepoweran lagu ni.
Babak yang
terakhir juga saya rasa amat amatlah kuat. Kalau awak dengar Bubar tapi tak rasa goosebump, saya tak tau nak cakap apa. Elemen tradisional a-la chanting pada awal lagu berjaya membuat saya
rasa gerun. Menurut TVS, ini ialah lagu kiamat. Dan saya yang skeptikal pada
mulanya, langsung bersetuju bila akhirnya mendengar lagu ini. Bunyian angklung juga
menambahkan lagi rencah tradisional dalam lagu ini. Gila.
Dust ialah that “lagu akustik yang band
suka letak dalam album bising”. Hahaha. Tapi saya suka letak lagu ini. Ianya memberi
rasa kesunyian pasca-apokalips yang dihidangkan oleh Bubar.
Bagi
penutup, Phoenix featuring Asmidar memberi
rasa kesunyian dari trek sebelumnya lalu menghancurkannya dengan sekelip mata
dengan irama neraka. Kot la. Sebab phoenix
api kan? Dan ini kiamat. So…….. boleh jadi lah kot, kan? Hahaha. Yang pasti
saya juga sangat suka trek ni. Ok let’s be real, trek featuring semua sedap tak
patut. Featured artis semua layak disanjung. There, I said it. Dan 2 minit
terakhir sangatlah penuh dengan emosi. Segala kecelaruan akhirnya dileraikan
dan disetkan untuk kembali, berlayar.
3.
Jadi
kesudahannya, saya rasa TVS berjaya pull-off sebuah concept-album yang berjaya. Walaupun ada sebahagian kecil saya tak
suka, tapi hey, saya masih suka gila sebahagian besar yang lain. Cuma masa yang
perlu diambil untuk menghargai album ini agak lama lah. Anyways.
Saya tak rasa
TVS mudah untuk diterima semua orang. Apa saya boleh kata, macam biasa, bagi
can kat telinga awak dengar. Kalau boleh masuk, kool. Kalau tak, tak boleh
cakap apa lah.
Kalau nak
cuba get-into TVS, saya rekemen:
1. Tenangkan bontot anda
2. Layar
3. Zigurat
Oh ya. Awak
boleh usha Hikayat Gundik Berirama di Bandcamp. Spotify belum ada lagi. Enjois!
https://thevenopiansolitude.bandcamp.com/
https://www.thevenopiansolitude.com/band-bio
https://thevenopiansolitude.bandcamp.com/
https://www.thevenopiansolitude.com/band-bio