Friday, 12 July 2019

HIKAYAT GUNDIK BERIRAMA OLEH THE VENOPIAN SOLITUDE



TVS-6.jpg




1. (kalau nak terus baca reviu, pergi ke 2.)

Hikayat Gundik Berirama(HGB) ialah album ke-2 The Venopian Solitude(TVS) selepas Hikayat Perawan Majnun(HPM) circa 2015 kot. Sebelum tu, saja nak bagitau, HPM ialah antara album pertama saya beli(sebab saya angkat sekali dengan Pop n Roll, Mohd Jayzuan) waktu Form 4. Jadi saya rasa excited gila bila dapat tahu yang TVS nak riliskan album baru tahun ini. Jadi dari info tadi itu, ya, reviu ini bias.

Bagi yang tak kenal dengan TVS, ianya dikepalai oleh Takahara Suiko, seorang mad music genius bersama ahli band lain yang tak kurang hebatnya seperti Irena Taib( The Impatient Sisters) dan Ruviyamin(No Noise Percussion).

Untuk album kali ini, TVS cuba untuk menghasilkan sebuah concept album, bermaksud setiap lagu dalam HGB mempunyai hubung-kait antara satu sama lain, dan interlace antara satu sama lain. Maksudnya, setiap kali sesebuah lagu tamat, ia akan terus masuk ke dalam lagu seterusnya tanpa fading. Terdapat flow yang mengikat keseluruhan album. Untuk mendengar album sebegini, anda mesti dengarnya seperti sedang membaca buku, dari kulit ke kulit, mengikut sequence.

HGB dibahagikan kepada 4 babak, Hope, Strife, Rise dan Fall. Dan setiap satunya mengandungi 3 lagu. Setiap babak akan dimulakan dengan mukaddimah yang dipetik dari excerpt lagu Pelacur Muzik. Dan saya rasa ianya agak kool sebab mukaddimah tersebut berfungsi sebagai seorang penglipur-lara yang menetapkan mood bagi chapter tersebut. Album ini berdurasi 52 minit(!). Untuk album Malaysia(yang saya dengar je la eh), saya rasa ini agak panjang, dan ianya bukan lah sesuatu yang buruk!

Artwork bagi album ini, kalau per sepuluh, saya bagi empat puluh dua ribu. Kenapa? Sebab kita tau yang TVS tak ambil isu artwork ini secara half-assed langsung.

Pertama sekali, awak dapat sebuah Box hitam dihiasi ilustrasi jantung berwarna-warni.



 


Kemudian, awak buka dan dapati di dalamnya ada 12 kad lirik untuk setiap lagu yang ada dan setiap satunya ada artwork tersendiri.


Bila awak belek satu-satu, awak mula sedar yang setiap artwork itu merupakan fragmen bagi ilustrasi jantung tadi! Kalau awak tak rasa itu kool, kita bukan kawan.

Dan kemudian ada cd lagu, juga mempunyai artwork yang sangat kemas, disampul dalam ep-kinda-cover.




Dan awak juga dapat stiker jantung tersebut percuma! Yas! Free!




2.

Sejujurnya, saya tak suka sangat waktu pertama kali habis layan album ni. Lagu-lagu yang mereka pernah main live di YouTube macam Layar, Pelacur Muzik dan Zigurat saja yang saya rasa boleh masuk dengan jiwa saya. Dan lagu “kiamat”, Bubar, sebab saya baru lepas tonton performans mereka secara live waktu pelancaran album ni, dan sumpah, saya dapat goosebumps waktu tu.

Tapi sebagai sebuah album, as a whole, saya tak dapat rasa elektrik tu. Saya rasa ianya seakan too much untuk saya hadam. Tiada koherens, kelam kabut dan serba serbi tak kena. Tapi bila fikir balik, memang itu pun style TVS kot, kan? Jadi saya cuba dengar lagi dan lagi sambil cuba menyerap essence TVS waktu mendengar.

Dan hanya pada dengaran ke-4/5 saya dapat tangkap flow yang cuba dihasilkan oleh TVS dalam album kedua mereka. Tapi saya masih rasa ada benda yang tak kena. Baiklah, mari kita go through setiap trek sama-sama.

Album dibuka dengan Layar, dan saya rasa ianya pembukaan yang sangat baik. Lagunya tenang, tidak terlalu berat, banyak tepuk-tangan ikonik TVS dan layan kepala. Ianya seakan membawa kita berlayar menuju ke dunia album ini.

Masuk saja madhouse, saya jadi pening. Hahaha. Saya rasa ianya terlalu awal untuk chaos sebegini sebab layar tadi moodnya rileks, tiba-tiba saya rasa diserang dengan kegilaan. Tapi tak bermakna trek ini lemah, cuma saya rasa letaknya saja agak mengejut.

Kemudian, Jauhari pula mengimbangkan kembali mood tadi. Jika layar ialah tenang dan madhouse ialah kegilaan, Jauhari terletak di tengah-tengah. Vokalnya agak kaotik tapi musiknya lebih santai. Mulanya tenang, kaos, dan tenang kembali.

Babak kedua ditendang-mula dengan Zigurat, lagu paling saya anticipate untuk dengar dalam album sejak mereka mainkannya live. Dan ya, Zigurat langsung tak mengecewakan. Ianya memenuhi segala ekspektasi saya. Ukulele, strum berat Gibson SG, percussion rangup, dan vokal Taka diadun secukup rasa. Tiada apa yang mampu saya komplen untuk trek ini. Saya suka petik quote siapa-tah-tak-ingat “ianya sebuah kaos yang teratur”.

Kemudian pergi pula ke Run, yang bunyinya jauh lebih dark. Bunyian synth dan xylophone menambahkan lagi darkness lagu ini. Jika Zigurat bunyinya dark yang berat, run ialah dark yang mengejar kau dan menyelubungi kau.

Masuk pula ke Camaraderie, featuring Lawa nie Geng. Ok  first impression saya ialah “what is this shit?”. Hahahaa. Tapi sekarang ini merupakan antara trek feveret saya. Walaupun saya rasa liriknya agak lemau(sebab saya tak tau sangat lenggok lirik rap macamana), tapi saya rasa flownya boleh tahan. Dan trek ini ialah that track yang Taka campur 3 bahasa. Macam HPM ada Rojak Uta: Stampede, HGB ada Cameraderie. Kool.

Babak 3 dimulakan dengan Deras. Ini juga antara trek yang saya suka sebab tengok mereka live di launching album mereka. Flownya saya suka gila. Dimulakan dengan instrumen yang minimal, build-up yang dibina cukup hebat untuk menyampaikan klimaks yang memang jenis campak-kat-muka kau. Rasanya kesemua lagu mereka yang saya suka lakukan perkara yang sama dan memberikan rasa yang sama. That goosebumps. Kalau saya pergi lagi performans mereka, sumpah saya akan nyanyi lagu ni sepenuh hati.

Masuk ke Brace featuring Eyza Bahra. Saya tak kenal siapa Eyza Bahra ni, tapi saya sangat suka kontras suara yang disumbangnya. Suaranya yang senada(monotonous) bila bergabung dengan suara merdu Taka menghasilkan dinamik yang sangat pergi. Arrangement lagu ini juga antara feveret saya.

Klimaks HGB membawa kita ke Pelacur Muzik. See what they did there? Gundik Berirama = Pelcaur Muzik. Anyways....Secara peribadi, saya suka lagi versi live di Hausboom sebab bunyi instrumennya lebih berat dan versi HGB lebih techno(?). Namun begitu, arrangementnya masih kekal mantap. Dan liriknya juga antara paling mudah diakses oleh saya. Setiap kali habis lagu ini, belum pernah lagi saya tak sengih menggeleng kepala idolizing kepoweran lagu ni.

Babak yang terakhir juga saya rasa amat amatlah kuat. Kalau awak dengar Bubar tapi tak rasa goosebump, saya tak tau nak cakap apa. Elemen tradisional a-la chanting pada awal lagu berjaya membuat saya rasa gerun. Menurut TVS, ini ialah lagu kiamat. Dan saya yang skeptikal pada mulanya, langsung bersetuju bila akhirnya mendengar lagu ini. Bunyian angklung juga menambahkan lagi rencah tradisional dalam lagu ini. Gila.

Dust ialah that “lagu akustik yang band suka letak dalam album bising”. Hahaha. Tapi saya suka letak lagu ini. Ianya memberi rasa kesunyian pasca-apokalips yang dihidangkan oleh Bubar.

Bagi penutup, Phoenix featuring Asmidar memberi rasa kesunyian dari trek sebelumnya lalu menghancurkannya dengan sekelip mata dengan irama neraka. Kot la. Sebab phoenix api kan? Dan ini kiamat. So…….. boleh jadi lah kot, kan? Hahaha. Yang pasti saya juga sangat suka trek ni. Ok let’s be real, trek featuring semua sedap tak patut. Featured artis semua layak disanjung. There, I said it. Dan 2 minit terakhir sangatlah penuh dengan emosi. Segala kecelaruan akhirnya dileraikan dan disetkan untuk kembali, berlayar.

3.

Jadi kesudahannya, saya rasa TVS berjaya pull-off sebuah concept-album yang berjaya. Walaupun ada sebahagian kecil saya tak suka, tapi hey, saya masih suka gila sebahagian besar yang lain. Cuma masa yang perlu diambil untuk menghargai album ini agak lama lah. Anyways.

Saya tak rasa TVS mudah untuk diterima semua orang. Apa saya boleh kata, macam biasa, bagi can kat telinga awak dengar. Kalau boleh masuk, kool. Kalau tak, tak boleh cakap apa lah.
Kalau nak cuba get-into TVS, saya rekemen:

1.      Tenangkan bontot anda
2.      Layar
3.      Zigurat

Oh ya. Awak boleh usha Hikayat Gundik Berirama di Bandcamp. Spotify belum ada lagi. Enjois!

https://thevenopiansolitude.bandcamp.com/
https://www.thevenopiansolitude.com/band-bio

No comments:

Post a Comment