1.
Saya
tak sengaja sebenarnya terdengar King Gizz di YouTube. Saya sedang pasang IDLES
live on KEXP sambil buat kerja rumah di
YouTube dan tiba-tiba autoplay amibil
alih memainkan video seterusnya. Dan saya periksa untuk tengok band apa yang
main dan tertera nama “King Gizzard and The Lizard Wizard”. Dan let’s be true, siapa je terfikir nak
letak nama band sampai 6 patah perkataan? Rhyme
pulaktu.
Dan
lagu pertama yang saya dengar ialah Doom city. Seperti nama tajuknya, lagu yang
dimainkan juga berbunyi, well, doomy(macam
doom metal-ish tapi tak metal?). Tapi sejujurnya, saya
lebih tertarik dengan ahli-ahli band King Gizz sebenarnya. Selain daripada nama
band yang sampai 6 perkataan, King Gizz ada 3 gitaris, seorang bassis, seorang
pemain harmonika/synth, dan ya, 2 drummer. Siapa pulak terfikir nak letak
sampai 2 drummer untuk sebuah band? Wallahualam. (banyak band buat sebenarnya,
tapi ini kali pertama saya encounter,
jadi, excuse my excitedness).
Tapi
saya tak suka sangat lagu Doom City tu. Jadi saya tukar dengar IDLES semula. Kemudian
di bahagian suggestion YouTube saya
ada 3 video sesi King Gizz di KEXP. Saya tanya lagi diri saya, dah kenapa sampai 4 kali KEXP jemput mereka?
Rupanya sebab 2017, mereka telah meriliskan 5 album dan setiap satunya
berlainan konsep. Untuk jimatkan masa daripada tonton setiap satu, saya pun cari
fullset show mereka dan pilih lagu
yang saya rasa paling ngam dengan saya.
Yang
paling menarik perhatian saya waktu itu ialah lagu yang bertajuk Lord of Lightning. Saya terus dapat goose bumps bila Stu masuk opening lagu
dengan naratif “Lord of Lightning shifts
his gaze”. Dengan strumming gitar
yang berat, opening lagu tersebut tinggalkan
rasa anticipation yang sangat tinggi sebab
habis saja verse pertama, mereka
tidak toleh ke belakang dan terus bantai main laju-laju macam kena kejar hantu
tanpa fikir pasal orang lain. Dan demi Tuhan, momentum lagu ni power nak
mampos. Habis lagu, saya terus akses spotify untuk cari album mana satu yang ada
lagu ni.
2.
Dan
tajuk album tersebut ialah Murder of the Universe. Ya. Bunyi
jahat gila. Dan memang bunyinya sangat jahat kalau nak bandingkan dengan
album-album lain. Mengandungi 21 lagu dan berdurasi 46 minit(je!), ianya merupakan pengalaman
mendengar terbaik dalam hidup saya dan ini bukanlah sebuah hiperbola. Saya cuba
mendengar pada sekitar jam 2.00 pagi,, kononnya sebagai lullaby. Sedar-sedar, 20 minit saya berlalu, terbaring di katil, tapi
rasa macam baru lepas pekena seteko kopi bercampur 100plus dan rasa nak
melompat-lompat kegembiraan!
Pada
tahap ini, mungkin awak semua rasa, “mengarut
ja dia ni.” Tapi bagi saya jelaskan dulu. Walaupun album ini ada 23 lagu,
ianya sebenarnya ialah sebuah concept
album. Terbahagi kepada 3 babak, The tale of the Altered Beast (9 lagu), The
Lord of Lightning vs Balrog (6 lagu) dan Han-Tyumi and the Murder of the
Universe ( 6 lagu). Jadi secara basisnya, ianya hanyalah 3 lagu yang
panjang. Dan bagi memberi pengalaman yang lebih sinematik, lagu-lagu dalam
album ini seamless, yakni tiada fade langsung antara lagu. Trek 1 sampai
21 dimainkan tanpa jeda bagi memberi pengalaman a-la sinema dalam bentuk musik. Tambahan pula, sepanjang album
berputar terdapat seorang narator yang menceritakan kisah ini buat kita.
Atas
sebab itu juga lah, saya tak sedar yang saya sudah menghabiskan 20 minit
mendengar The Tale of Altered Beast. Sejujurnya,
saya tak faham pun jalan cerita sebenar album ni, tapi King Gizz berjaya membuat
adreanalin saya mengalir deras hanya dengan menyajikan muzik mereka. Dan itu
saja sudah cukup buat saya tersengih sorang-sorang pada tengah malam. Saya
seolah-olah bersatu dengan altered beast
dalam pemburuan/persembunyia/pencariannya.
Masuk
saja ke babak kedua, The Lord of Lightning
vs Balrog, saya terus rasa macam disedut ke dalam sebuah dunia sai-fai berlatar-belakangkan
angkasa pasca-apokalips. Transition dari babak 1 ke babak 2 adalah melalui bunyian
synth seolah-olah kita sedang menaiki kapal angkasa/mesin masa. Masuk saja Lord of Lightning, saya seolah-olah
sedang menonton sebuah anime. Mungkin
kerana referens saya yang tak berapa nak kaya, saya bayangkan perlawanan ini
seperti perlawanan Sasuke menentang Itachi, tapi versi robot dan raksasa.
Kenapa? Saya pun tak tahu.
Yang
membuatkan chapter 2 work bagi saya
adalah build up dan pacing yang diterapkan. Permulaannya rileks,
seolah-olah Lord of Lightning sedang melakukan entry yang bergaya dan dalam sekelip mata segalanya bertukar laju
gila. Drum beatnya tiba-tiba makin deras, bunyian gitarnya iras- iras kilat sabung-menyabung.
Dan bila Balrog masuk, bunyian
bertukar kepada ketakutan yang gigantik, menggambarkan keagungan Balrog. Peleraian berlaku
kemudiannya dalam The floating Fire, dan kemenangan berpihak kepada Lord of Lightning(saya
bedal je ni) kerana riff yang sama
dimainkan semula dalam trek ini.
Masuk
babak ke 3, saya membayangkan sebuah latar-belakang tanah terbiar, sebuah aftermath terhadap pertarungan yang
berlaku. Saya tak tahu samada ada hubungan ataupun tak, tapi dari aturan
musiknya, saya rasa ada. Dan di babak akhir inilah, kita ditemukan dengan Han-Tyumi (sebuah anagram untuk Humanity!), se-orang/buah
cyborg yang juga ingikan perasaan yang sama dengan manusia. Dan suara robotik Han-tyumi diiringi bgm kehancuran semesta menemani kita hingga ke penutup album.
3.
Anda
tak akan mendapat pengalaman penuh album ini jika lagu-lagunya didengar secara
berasingan. Dan saya syorkan, kalau anda nak dengar, gunakan masa lapang dan
beri komitmen kepadanya.Waktu terbaik mungkin jika anda sedang memandu dan
terperangkap dalam kesesakan lalu
lintas. Anda dapat pengalaman menonton wayang di dalam kereta. Insyaallah, anda
tak akan menyesal.
Dan
kalau anda tiada masa, boleh juga dengar mengikut babak. Lagi jimat masa.
Tapi
kalau nak dapatkan general idea macamana bunyinya, saya rekomen Altered
Beast III atau Lord of Lightning atau Digital
Black. Ni kalau dah malas sangat lah.
No comments:
Post a Comment