Saturday, 29 June 2019

KELABU, KAUNSELOR DAN FOIL CHARACTER

Kali pertama saya baca KELABU oleh Nadia Khan adalah waktu di tingkatan 4(atau mungkin 5).  Ini bukanlah sebuah reviu buku per-se sangat pun, tapi lebih kepada sembang rambang tentang babak yang memberi kesan yang agak lama kepada saya sewaktu pertama kali membacanya.

Jadi tiada spoiler sangat pun kot sebab saya tak nak merosakkan pengalaman membaca awak semua(kalau belum/nak baca).

Buat yang belum pernah membaca KELABU, ia berkisar tentang Amir, seorang fotografer muda berjaya yang sedang struggle mencari makna kebahagiaan.

 Secara peribadi, KELABU ialah antara buku FIXI kegemaran saya sebab ia berjaya menangkap essence pergelutan young adults yang sedang dalam proses coming of age. Bunyi klise, tapi cubalah. Saya rasa best.

2 minggu lepas, saya akhirnya belek rak buku di rumah waktu study week dan mula baca semula.

Perkara yang buat saya termenung panjang selepas membaca novel ini dulu adalah tentang apa yang terjadi pada kaunselor yang telah membantu Amir dalam proses mencari diri.

Setelah Amir betul-betul sedar tentang apa yang sebenarnya dia mahukan dalam hidup, kaunselor tersebut menggalakkan Amir untuk terus pergi mengejar cintanya, walaupun dia sendiri sudah jatuh hati kepada Amir.

Saya rasakan perkara ini sangatlah frustating kerana saya low-key ship hubungan diorang. Sad.

Selepas baca semula minggu lepas, saya jumpa sebab-sebab kepada frustation saya selama ini dan kenapa saya tak patut pun rasa begitu.

Pada sesi pertama kaunseling, Amir dan kaunselor melepak di Baskin Robbins hingga lewat malam. Pada sesi ini, kaunselor menceritakan tentang kehidupannya yang tragis, ditinggal kekasih waktu majlis perkahwinan, adiknya kahwin lari di luar negara, berhenti pengajian menjaga ibunya sakit bla bla bla. Walaupun begitu, kaunselor masih tetap kool dan berjaya membawa dirinya dan hidup dengan tenang selepas itu.

 Sebagai pembaca, mudah  untuk kita bersimpati namun pandang tinggi kepada  kaunselor kerana obviously hidupnya jauh lebih tragis daripada Amir(anak Dato' kot). Mungkin atas sebab inilah, saya rasa kaunselor layak menemui kebahagiaan bersama Amir.

Tapi saya lupa. Pusing macamana pun cerita sedih ni, kaunselor ialah kaunselor. Dia dibayar untuk buat kerja dia. Mungkin kalau ditakdirkan penulis yang maha kuasa, kaunselor akhirnya dijodohkan dengan Amir, ianya sebuah bonus. Tapi tidak. Mereka tak ditakdirkan bersama. Dan kaunselor tak patut sedih. Pembaca tak patut sedih. Tiada siapa patut sedih. Sebab kaunselor tak patut jatuh cinta dengan Amir pada tempat yang pertama.


Akhirnya, ianya berbalik semula kepada fakta yang kaunselor itu, ialah seorang kaunselor. Fakta itu secara standalone seharusnya diletak sebagai perkara nombor satu yang perlu dipegang oleh pembaca supaya tidak terbawa-bawa dengan emosi sendiri.

Kita boleh argue "Tapi kaunselor juga manusia. Mereka juga layak menerima cinta. Bukankah begitu?".

Ya. Benar. Takde siapa cakap awak semua salah. Tapi masalahnya kaunselor tersebut sedang on duty sebagai seorang kaunselor yang patut membantu Amir mencari dirinya, dan mengorek apa yang dia betul-betul mahukan dalam hidupnya. Dan demi Tuhan, dia dibayar(banyak pulak tu) untuk laksanakan tugasnya!

Betul, tidak salah untuk goofing around dengan klien (ye ke tak salah? saya pun ambil subjek kaunseling satu semester je) dan anggapnya sebagai kawan. Malah mungkin itu adalah approach yang sesuai untuk memberi klien pengalaman yang selesa dan suasana this-feels-like-home-siot. 

Peringkat pertama kaunseling memang harus dimulakan dengan sesi kenal-mengenal bagi membina kepercayaan dalam hubungan dua hala kaunselor-klien. Tapi silapnya adalah bila sesi tersebut menjadi terlalu personal dan terbawa-bawa ke luar sesi. 

Seperti kata kaunselor sebelum berpisah dengan Amir.

 "Anggaplah saya ni catalyst, yang tugasnya ialah bagi membantu awak mencapai apa yang awak nak dalam hidup."

Dan memang itulah yang sepatutnya dilakukan. Kerana dalam langkah kelima dan terakhir dalam proses kaunseling iaitu Termination, hubungan kaunselor-klien seharusnya diputuskan bagi mengelakkan over-dependency oleh klien.

Dan kaunselor, dalam hal ini ialah sebuah foil yang membantu Amir untuk sedar bahawa yang diperlukan olehnya selama ini ialah seseorang yang ingin dia cakap-dengan, sebuah home untuknya pulang dalam bentuk manusia, dan melepak bersama tanpa memikirkan apa-apa-apa-apa.

No comments:

Post a Comment