1. Sejarah
Saya
mula dengar nama Masdo waktu Form 3. Mungkin juga Form 4. Tak ingat sangat. Waktu
tu JOHO sedang minta cadangan dari followers mereka tentang band apa yang patut
main di GEGO fest. Dan ramai gila komen Masdo. Saya jadi kurius dan terus buat
research di Youtube.
Kalau
tak silap waktu tu satu-satunya video yang ada ialah video mereka berpanggung
di Ipoh. Pakai baju belang hitam putih. Video tu diupload oleh Ambobzeela. Mula-mula dengar saya rasa sangat familiar
dengan bunyiannya. Tapi tak ingat. Bila tiba-tiba mereka main Bercanda di Malam
Indah, baru saya rasa “EH?! Ini bukan band lain ke main dulu?” Lepastu baru lah
saya tau yang mereka ialah rebranding band The Lipstik, dengan mengekalkan
vokalis yang sama, Ali.
Waktu
2015 tu, Masdo kira band yang paling fresh lah waktu tu. Jayzuan kata, tahun 2015
antara waktu paling teruk untuk pemuzik Indie. Orang buat show free pun takde
orang nak datang. Jadi bila Masdo naik, secara tak langsung scene juga naik. Kena
pula Ali orang Johor, lagilah semangat patriotisme dalam diri saya membuak-buak
untuk sapot Masdo.
Jadi
dari detik itu pun, saya mula jadi penyokong tegar Masdo. Balik dorm, buka lagu Masdo, bagi semua orang
dengar. Dengan awek, share lagu Masdo. Dekat rumah, pasang lagu Masdo. Setiap
kali balik rumah dari asrama, saya check Youtube nak tengok ada video baru tak
yang mereka rilis. Setiap kali mereka
ada show di JB dan saya tak dapat pergi, rasa FOMO dalam diri saya terbawa-bawa.
Tiap kali mereka berpanggung di JB, mesti saya ada hal di tempat lain.
Akhirnya,
tahun 2017 barulah saya dapat saksikan mereka live, di litar Pasir Gudang. Show
free. By waktu ni, adik saya dah kenal dah Masdo dan tahu dah lagu—lagu mereka.
Tapi masih belum biasa dengan suasana konsert. Jadi dia duduk tepi dengan parents
saya. Saya walaupun,dah hafal semua lagu Masdo (by heart) waktu ni, saya belum
biasa dengan budaya konsert dan belum berani masuk pit. Jadi saya layan sambil
angguk kepala. Balik tu, baru adik saya sedar itu lah lagu yang saya buka selama
ni.
Nak
jadikan cerita, bila masuk Dengkil, saya dapat juga pengaruh 2,3 kawan lain
dengar Masdo. Dan kemuncaknya mungkin bila Masdo buat tour dan Finalenya ialah
di JB. Tak pernah lagi saya eksaited macamtu sekali. Dah la tiket rm20 je!
Finale Masdo tu juga adalah antara gateway besar bagi banyak band power sekarang ni macam Orkes A. Hizadin, The
Fatalis, Kapow dan banyak lagi. Lepastu ada pula The Pinholes dari Singapura.
Memang pecah gila. Tapi sayang… sound system tak sedap langsung. Suara tenggelam.
Gitar solo pun tak dengar sangat. Bass takyah cerita lah. Kalau bukan sebab
saya dah hafal semua lagu mereka, saya tak rasa saya akan enjoy konsert tu.
2. Kemuncak
dan kejatuh
Lepas
saja jelajah ini, Masdo mula dikenali ramai. Masuk muzik-muzik, opening untuk
AJL, masuk carta muzik radio, banyak lagi lah. Waktu ni saya pun dah mula kena lebih
banyak band, jadi saya tak lagi relijiusli folo Masdo. Waktu ni saya rasa, “Ramai
dah orang sapot Masdo sekarang ni. Aku nak naikkan benda lain pulak lah.” Waktu
ni pula saya baru jumpa dan obses dengan Shuuna dan Bil Musa. Jadi saya pun fokus
pada artis-artis lain pula.
Satu hari, nama Masdo tiba-tiba naik.
Pasal baju cetak rompak, bajet Rockstar, blablabla. Saya pun tak ambil port
sangat. Katanya Ali bash budak yang beli baju Masdo tak ori. Betul juga sebenarnya.
Bayangkanlah kau penat buat band, bayar designer nak release merch, tetiba ada
orang cetak rompak pakai design kau. Kira ambil kesempatanlah. Sejak hari tu
nama Masdo mula busuk. Dan saya juga tak terlepas untuk masuk bandwagon haters
ni. Kahkahkah. Ada juga yang kata perangai fans mereka macam bongok. Itu betul jugak. Tapi saya ok je.
Tapi to be fair, saya dah tak suka
Masdo bukan sebab perangai Rockstar mereka. Saya tak suka Masdo sebab dah
bosan. Saya ke show mereka dah 5 kali. Dan selain dari konsert Finale mereka,
saya rasa semua setlist mereka sama, dan crowd interaction pun sama. Saya dah
tak rasa elektrik waktu saya pertama kali tonton mereka. Ada satu show yang
adik saya ajak, saya diri belakang je waktu Masdo sebab macam yang dijangka, mereka
main setlist yang sama. Dan lagi satu. Kilang Bateri. Saya ingat waktu konsert
Finale Masdo je bunyi macam gampang. Waktu ni pun sama. Saya yang eksaited gila
nak tengok Nastia main lagu Xpresi potong terus sebab sound macam bodo. Sejak
hari tu, saya terus malas dah layan Masdo.
3. House
of Vans
Sampai lah tahun ini, 2019, saya ke
event House of Vans. Mungkin antara event indie paling besar tahun ini. Free, 10
artis power dari pelbagai genre, siap import Mooner dari Indonesia. Apa lagi
yang budak scene mau? Tapi pelik sebab openingnya Hujan dan closingnya Masdo.
Saya jadi ragu-ragu, sejak bila pula taraf Masdo lagi tinggi dari Hujan (dan
Mooner!). Rupanya sebab Hujan nak nonton konsert Fourtwnty malam tu. Patutlah…..
Waktu ni saya tak expect apa-apa dah
dari Masdo. Sebab saya rasa, mesti bosan macam selalu. Nak-nak lepas dapat tahu
ada crowd yang dok mengeluh “Ni band apa siallll?” waktu Mooner tengah rockin’
atas pentas. Lagilah panas hati saya. Tapi saya kool.
Bila mereka masuk saja stage, Ali
masuk strumming gitar. Lagu Smells like Teen Spirit. Saya mula sengih. Drum pun
diketuk padu, lagu sama. Bukan Am, tapi sessionist mereka. Masdo terus masuk main
lagu baru “Dewi Puspita”. Lupa pula saya kata pasal sound system House of Vans.
Tak seteruk Kilang Bateri, tapi suaranya tenggelam. Jadi saya tak dengar
langsung apa butir nyanyian yang keluar dari mulut Ali. Kalau awak tengok
online, ada videonya. Tapi mixing untuk video elok. Kalau awak ada di venue,
awak rasa benda ni. Tapi siapa lah saya nak komplen banyak-banyak kan?
Lepastu ada pulak lagu Bahasa
Inggeris. Separuh lagu baru saya sedar dan tanya pada Raziq “Dia nyanyi lagu BI
eh?”. Raziq kata ya. Saya angkat kening sambil kata “Impressive” dalam hati.
Tapi tu lah. Apa dia nyanyi entah saya pun tak tau.
Yang menarik lagi untuk konsert ni,
mereka kolaborasi dengan Budak Nakal Hujung Simpang(BNHS). BNHS pinjamkan
ahli-ahli brass section mereka untuk memberi lebih feel 80(?)-an. Saya rasa
touch ni sangat kool.
Arrangement mereka untuk show ini
juga kool tak patut! Bunga mereka main dengan rancak. Masuk pula trompet. Baik
dohhhh. Masuk terus ke Dinda. Ali main separuh korus dulu. Yang audiens dah “Apa….khabar
dinda….” Tapi Ali potong dengan “Dinda jangan marah-marah”. Lepastu tiba-tiba
tak nyanyi. Kita ingat kalini sebab nak bagi peluang audiens nyanyi, rupanya tak.
Dia pergi masuk verse 1 “Apa….khabar dinda….” waktu audiens tengah “Dari…. Jutaaan
bintaaaang” . Kahkahkah. Boleh tengok momen lucu ini di Youtube minit 20:35.
Kemudian, semua ahli band keluar
pentas meninggalkan Ali seorang atas stage. Ali pun nyanyi Kecundang dengan ditemani
piano. Lepastu mereka main lagu baru lagi, Janji Manis. Cambiasa. tak dengar . Dan
lagu-lagu wajib lain macam Malam Pesta Rock n Roll, Bercanda Malam Indah sebelum
diakhiri dengan Miss Flower Learn to Twist(lagu fav i) juga dengan sentuhan arrangement yang baru!
TL;DR
P/s
Ni
link video Masdo live di HOV
LUQMAN
18/11/19
11.38
p.m
Bilik,
Palam